KATA GANTI NAMA DIRI
Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama bagi orang. Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada tiga bentuk iaitu:
1. Kata ganti nama diri pertama
2. Kata ganti nama diri kedua
3. Kata ganti nama diri ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
aku | saya | beta | patik | hamba | kami | kita |
Bentuk | Penggunaan | Contoh Ayat |
Tunggal | ||
Aku | Sewaktu bercakap dengan rakan atau berdoa kepada tuhan. | 1. Aku berlindung pada-Mu, Tuhan. 2.”Berikan aku pen itu,” kata Ah Cong kepada Ramu. |
Saya | Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali. | 1.Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan sekalian. 2.Nama saya Suzana. |
Beta | Sewaktu raja atau sultan bertitah kepada rakyat. | 1. Beta murka dengan kelakuan tuan hamba. 2.Beta mahu beradu. |
Patik | Sewaktu golongan bawahan bercakap dengan raja. | 1.Ampun Tuanku,sembah patik harap diampun. 2.Patik datang membawa sembah daripada negara jiran, Tuanku. |
Hamba | Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu. | 1.Siapakah gerangan tuan Hamba. 2.Hamba seorang tukang kayu. |
Jamak | ||
Kami | Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain. | 1.Pasukan kami telah menjadi johan. 2.Kami sekeluarga pergi ke Kuantan. |
Kita | Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap. | 1.Kita rakyat Malaysia. 2.Di manakah kita sekarang? |